Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

PUTRAJAYA – Lonjakan kos global akibat ketidaktentuan bekalan dan konflik serantau memaksa Malaysia menyesuaikan harga bahan api, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau menjelaskan, hampir separuh keperluan harian bahan api negara masih diperoleh dari luar, sekali gus menyebabkan Malaysia terdedah kepada turun naik harga global serta tekanan kos yang semakin meningkat.

Katanya, beberapa faktor utama turut menyumbang kepada kenaikan harga petrol dan diesel, termasuk kekangan bekalan, peningkatan permintaan, risiko keselamatan, serta lonjakan kos penghantaran dan perlindungan insurans.

Menurut beliau, semua kos berkenaan diambil kira dalam harga akhir yang dibayar pengimport, yang dikenali sebagai ‘actual delivered price’, iaitu harga sebenar produk minyak sebaik tiba di negara ini.

“Kos logistik perkapalan naik tiga kali ganda manakala harga insurans logistik pula melonjak sehingga 16 kali ganda,” katanya pada Taklimat Harian Krisis Tenaga Global di Putrajaya, hari ini.

Amir Hamzah berkata, pengeluaran minyak domestik ketika ini hanya sekitar 350,000 tong sehari berbanding penggunaan harian yang mencecah 700,000 tong.

“Oleh itu, Malaysia masih perlu mengimport minyak dari Asia Barat. Kira-kira 60 peratus minyak kita diimport dari Asia Barat dan sekitar 40 peratus keperluan kilang penapis kita bergantung kepada laluan Selat Hormuz.

“Konflik Asia Barat telah menyebabkan kos penghantaran dan insurans logistik naik berlipat ganda.

“Bukan itu sahaja, setiap pembelian turut dikenakan premium yang berganda kerana permintaan yang amat tinggi dan bekalan yang semakin rendah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bekalan bahan api negara ketika ini masih mencukupi dan tidak menunjukkan tanda kekurangan.

“Bayangkan semua negara mahukan bekalan minyak di negara mereka cukup sedangkan stok semakin kurang.

“Alhamdulillah bekalan minyak kita lebih kukuh berbanding negara lain.

“Petronaa dan syarikat-syarikat minyak lain menguruskan sumber negara dengan bertanggungjawab, ini kita dapat lihat melalui stesen-stesen minyak yang terus beroperasi,” katanya.

Jelasnya, keadaan di Malaysia berbeza berbanding beberapa negara lain yang terpaksa menutup ratusan stesen minyak akibat kekurangan bekalan.

Related Posts

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

KITA telah berbicara tentang pembinaan negara bangsa dan hati nurani sebuah tamadun. Tentang bagaimana sesebuah negara tidak mampu berdiri hanya melalui kekuatan institusi atau pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia