Fokus dahulu masalah ekonomi, ketepikan konflik politik dan masalah peribadi – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar bertenang susulan desakan beberapa pemimpin parti itu supaya tindakan diambil terhadap Datuk Seri Rafizi Ramli.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, fokus sebaliknya perlu diberikan kepada isu ekonomi negara yang lebih mendesak berbanding konflik politik.

Menurut beliau, sebagai presiden parti, sebarang pandangan atau nasihat berkaitan perkara tersebut akan ditangani dengan sewajarnya, namun keutamaan ketika ini adalah kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

“Tak apalah kita minta semua bertenang dulu, tumpu kepada masalah ekonomi negara yang jauh lebih serius daripada masalah peribadi,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussa’adah, di Kampung Cheras Baru, di sini, hari ini.

Terdahulu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR hari ini berkongsi jawapan balas beliau terhadap surat tunjuk sebab yang dikenakan parti terhadap beliau menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Menerusi hantaran itu, Ahli Parlimen Pandan berkenaan antara lain berharap Lembaga Disiplin PKR membuat keputusan yang tegas, cepat dan tidak lagi melengah-lengahkan perkara itu kerana rakyat sudah mual.

Ujar Rafizi, jika penjelasannya berhubung pertuduhan yang dikenakan dikira telah melanggar Perlembagaan parti, beliau menggesa supaya PKR menjadi seperti sebuah parti yang normal (dan tidak songsang) dengan mengambil tindakan memecat, seperti yang telah dibuat kepada anggota-anggota parti lain yang dikenakan pertuduhan disiplin sebelum ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia konsisten dalam dasar luar negara, termasuk dalam menangani isu antarabangsa seperti konflik Iran dan Israel.

“Kita tidak boleh hanya bincang tindak balas Iran tanpa menyentuh serangan Israel terhadap Iran. Hubungan kita jelas, dan persahabatan dengan negara jiran akan terus dipelihara,” katanya lagi.

Related Posts

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri Sembilan bersama Perikatan Nasional (PN) apabila berjaya memperoleh dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sembilan (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

Tidak rasmi: BN-PN tawan Negeri Sembilan, Anthony dan Tok Min tewas

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG