Subsidi RON95 masih diberi kepada rakyat walaupun kerajaan berdepan tekanan kewangan

KUALA LUMPUR – Negara ketika ini sedang berhadapan dengan tekanan kewangan akibat daripada subsidi RON95 ekoran lonjakan harga minyak disebabkan krisis tenaga yang melanda dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa isu yang kini menjadi perhatian iaitu sejauh mana subsidi RON95 dapat bertahan ekoran bebanan yang wujud pada ketika ini.

Menurut beliau, setakat ini kerajaan berusaha untuk mempertahankan subsidi tersebut bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati minyak petrol pada kadar serendah RM1.99 berbanding RM4.27 seliter.

“Walaupun dari segi tekanan kewangan sedikit membebankan kerajaan tetapi saya ingat penting juga supaya kita kurangkan bebanan kepada rakyat, sebab itu kita minta kerjasama semua.

“Elakkan dari penggunaan (kuota BUDI95) sepenuhnya kalau pun ada peluang untuk (guna) 200 liter, tidak semestinya kita guna maknanya ada sumbangan dari setiap orang bertanggungjawab menyelamatkan ekonomi negara dan rakyat,” katanya katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Cheras Baru, pada Jumaat.

Rabu lalu, media melaporkan, kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu meskipun harga minyak mentah global melonjak sejak lima minggu lalu.

Terdahulu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan, memaklumkan harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi tempoh 9 hingga 15 April 2026 adalah RM5.35 seliter bagi RON97 berbanding RM4.96 seliter pada minggu lalu.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu iaitu subsidi RON95 dengan harga RM1.99 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM2.15 seliter.

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, subsidi diesel diteruskan supaya lonjakan harga dunia itu tidak memberi tekanan kepada rakyat.

Beliau memaklumkan, kerajaan melalui pelbagai kementerian sedang melakukan kajian mengenai keperluan pemberian subsidi pada sektor-sektor yang belum disenaraikan bagi mengurangkan tekanan mereka.

“Ada beberapa kalangan yang merasa mereka kenaikan harga diesel itu membebankan, kalau melibatkan soal peladang, petani dan nelayan itu telah dibantu.

“Tetapi kalau bidang-bidang lain, kita dengan beberapa kementerian sedang mengkaji untuk mengurangkan tekanan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Anwar berterima kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana perkenan supaya khutbah solat Jumaat di negeri itu menjelaskan tentang krisis tenaga dan mengadakan solat hajat.

“Ikhtiar kita teruskan tetapi kita berdoa juga kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertawakal,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills