Dakwaan minyak Malaysia tak lalu Selat Hormuz tidak tepat – Penganalisis

PUTRAJAYA – Isu kenaikan harga minyak di negara ini tidak boleh dilihat secara simplistik atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak, dengan berdasarkan faktor sumber domestik semata-mata tanpa melihat konteks secara keseluruhan isu krisis tenaga yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Penganalisis hubungan antarabangsa dan keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, dakwaan Malaysia tidak melalui Selat Hormuz adalah tidak tepat susulan masih terikat kepada sistem tenaga global yang dipengaruhi laluan tersebut, selain dinamika pasaran antarabangsa, serta struktur subsidi negara.

Beliau berpandangan, walaupun Malaysia tidak bergantung secara fizikal kepada Selat Hormuz untuk minyak domestik, negara masih terdedah secara tidak langsung kerana sebahagian import minyak mentah dan produk petroleum global datang dari rantau yang bergantung kepada laluan tersebut.

“Selat Hormuz merupakan laluan strategik utama perdagangan minyak dunia yang menghubungkan negara pengeluar utama di Teluk Parsi dengan pasaran antarabangsa.

“Sehubungan itu, sebarang gangguan di Selat Hormuz akan memberi kesan kepada harga minyak dunia, seterusnya mempengaruhi kos tenaga di Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Azman Ibrahim yang mendakwa minyak dari Malaysia tidak melalui Selat Hormuz disebabkan negara memiliki loji penapisan minyak mentah yang boleh diproses menjadi pelbagai produk petroleum untuk kegunaan negara kita.

Naratif itu dikeluarkan Azman yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu bagi mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenaikan harga minyak di negara ini yang tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia mempunyai produk minyak sendiri.

Sementara itu, Nur Ashikin turut menyelar dakwaan Abdul Hadi bahawa Malaysia tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz disebabkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri.

Beliau berkata, naratif tersebut dilihat tersasar berikutan negara masih beroperasi dalam sistem pasaran minyak global yang menetapkan harga berdasarkan penanda aras antarabangsa seperti Brent crude, walaupun Malaysia mempunyai kapasiti pengeluaran dan penapisan melalui Petronas,

“Negara masih beroperasi dalam sistem pasaran minyak global yang menetapkan harga berdasarkan penanda aras antarabangsa seperti Brent crude. Fakta itu membuktikan harga domestik tetap dipengaruhi oleh faktor global, bukan semata-mata kos pengeluaran tempatan.

“Justeru, hujah bahawa tiada keperluan Malaysia menaikkan harga minyak ketika krisis Asia Barat kerana mempunyai pengeluaran domestik seperti di Terengganu adalah tidak tepat sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Ashikin meluahkan rasa kecewa apabila isu perbezaan harga minyak antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak turut sering disalah tafsir sebagai ketidakkonsistenan dasar.

Hakikatnya, beliau berpendapat, perbezaan sedemikian berpunca daripada struktur subsidi, kos logistik, serta pendekatan pembangunan wilayah dalam kerangka federalisme Malaysia.

“Sabah dan Sarawak menerima harga lebih rendah sebagai sebahagian daripada dasar keseimbangan pembangunan dan pengurangan kos sara hidup di wilayah tersebut.

“Oleh itu, sebarang perbincangan mengenai harga minyak perlu berasaskan pemahaman struktur ekonomi tenaga yang lebih menyeluruh dan bukannya naratif yang terlalu ringkas tanpa fakta tepat serta konkrit,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh pelbagai helah politik dan ekonomi, termasuk isu kenaikan harga minyak yang didakwa tidak berasas.

Abdul Hadi menegaskan, tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia memandangkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri dan tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz.

Menurut Abdul Hadi, pengecualian harga minyak di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa alasan kenaikan harga di Semenanjung adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills