11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

SUBANG – Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal hari ini bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari serta menyelamat susulan bencana yang berlaku di negara berkenaan.

Kontinjen itu berlepas kira-kira jam 9 pagi menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Subang selepas majlis pelepasan disempurnakan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim.

Penerbangan berkenaan dijangka mengambil masa kira-kira lima jam.

Kontinjen SMART diketuai Komander SMART, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB I) Abdul Manaf Che Isa selaku Komander Kontinjen bersama 10 pegawai dan anggota yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

Antaranya operasi mencari dan menyelamat, pengendalian dron, logistik, komunikasi serta sokongan teknikal.

Meor Ismail berkata, tempoh maksimum penugasan ditetapkan sehingga 10 hari mengikut standard operasi antarabangsa, dengan pasukan berkenaan membawa kira-kira 12.4 tan peralatan untuk menyokong operasi di lapangan.

“Antara peralatan yang dibawa termasuk peralatan menyelamat, alat pengesan, dron berkapasiti tinggi serta kelengkapan khas untuk operasi menyelamat di terowong.

“Pasukan turut membawa sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah trak muatan 10 tan,” katanya selepas Majlis Pelepasan Pasukan SMART di Pangkalan Udara Subang, di sini, hari ini.

Menurut beliau, lokasi sebenar penugasan pasukan SMART hanya akan diketahui selepas mereka tiba di Nepal dan menerima taklimat daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

Katanya, sebaik tiba, pasukan itu akan disambut wakil Malaysia sebelum menerima taklimat berkaitan situasi serta pengoperasian di lapangan.

“SMART akan melaksanakan tugasan berdasarkan keperluan dan arahan pihak berkuasa Nepal selepas tiba di negara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Meor Ismail merakamkan penghargaan kepada TUDM dan Kementerian Luar atas kerjasama dalam memastikan proses mobilisasi pasukan SMART ke Nepal berjalan lancar.

Penghantaran pasukan berkenaan mencerminkan komitmen Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaan serta kepakaran mencari dan menyelamat kepada negara yang berdepan bencana.

Related Posts

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memelihara khazanah turath sebagai warisan yang menghubungkan generasi hari ini dengan tradisi keilmuan Islam yang panjang. Beliau berkata, tradisi keilmuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16