Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kehadiran polis di lokasi berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab pasukan itu dalam memelihara keamanan dan menguatkuasakan undang-undang.

Beliau berkata, tindakan yang diambil adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 21 Akta Polis 1967 yang memberi kuasa kepada PDRM untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

“Tindakan di bawah Seksyen 21 ini adalah untuk memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam serta mencegah berlakunya sebarang pelakuan yang menyalahi undang-undang.

“PDRM ingin memaklumkan bahawa kehadiran polis di lokasi adalah semata-mata bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dan pematuhan kepada undang-undang tanpa memihak kepada sesiapa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan gangguan terhadap ketenteraman awam atau menjejaskan kelancaran urusan yang sedang berlangsung.

“Keadaan di lokasi adalah terkawal dan PDRM akan terus memantau perkembangan semasa serta mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Terdahulu, suasana di perkarangan Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin menjadi tegang apabila tiga pembesar adat yang terdiri daripada Undang Luak dilaporkan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan untuk menghadiri Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU).

Insiden itu menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi, namun pihak polis memberi jaminan bahawa keadaan keseluruhan kekal terkawal dan berada di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula