Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Haryati Abdul Karim berkata, tanpa kawalan umur yang bersesuaian remaja khususnya bawah 16 tahun berisiko terdedah kepada kandungan berbahaya seperti keganasan, pornografi, penipuan dalam talian dan ideologi ekstrem.

“Kajian UMS-UNICEF Communication for Development (C4D) mendapati remaja di Malaysia terdedah kepada sekurang-kurangnya enam jenis ancaman siber, termasuk kandungan ganas dan risiko ‘sexual grooming’ melalui interaksi dalam talian.

“Kebanyakan remaja mula memiliki telefon pintar dan mengakses media sosial seawal usia 13 tahun, sekali gus meningkatkan risiko pendedahan kepada ancaman digital,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tambahnya, had umur 16 tahun dianggap sesuai kerana individu berusia 17 tahun ke atas lazimnya mempunyai tahap kematangan yang lebih baik untuk menilai dan menapis kandungan yang diterima.

“Pendekatan ini selari dengan langkah yang dilaksanakan di Australia yang melarang individu bawah 16 tahun membuka akaun media sosial.

“Bagaimanapun, pelaksanaan had umur sahaja tidak mencukupi kerana pengguna muda masih boleh memintas sekatan menerusi teknologi seperti VPN.

“Menekankan kepentingan peranan ibu bapa, keluarga, institusi pendidikan dan pengendali platform dalam meningkatkan literasi digital serta memperkukuh mekanisme keselamatan pengguna muda,” ujarnya.

Pada 1 Jun lepas, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memperkenalkan penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code, CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code, RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Online Safety Act 2025, ONSA), menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk kanak-kanak di Malaysia.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH