Konvoi motosikal anjuran PN membazir petrol, seharusnya berjimat ketika krisis bahan api

PUTRAJAYA – Acara konvoi motosikal yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu lalu ketika dunia berhadapan krisis tenaga akibat konflik Asia Barat disifatkan sebagai pembaziran besar-besaran.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kerajaan di seluruh dunia sedang bertindak segera menangani krisis bahan api dengan menjimatkan penggunaan, membina simpanan dan mempersiapkan ekonomi masing-masing menghadapi ketidaktentuan yang berpanjangan.

Menurut beliau, Ahmad Samsuri Mokhtar selaku pengerusi PN serta Menteri Besar Terengganu sepatutnya lebih arif dan tidak menganjurkan acara sedemikian.

“Dalam negara kita menyaksikan konvoi motosikal melibatkan ribuan peserta, satu demonstrasi yang jelas menggalakkan penggunaan bahan api secara berlebihan dalam satu acara.

“Ketika rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan peningkatan kos sara hidup dan kerajaan menanggung beban kewangan melalui subsidi, tindakan seperti ini memberi isyarat yang salah, seolah-olah berjimat cermat itu pilihan dan tanggungjawab itu terpilih

“Ini bukan sekadar tidak peka. Ia mencerminkan kegagalan menetapkan keutamaan yang membimbangkan,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Terdahulu, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Moktar menyifatkan acara konvoi bermotosikal sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 di Kuala Nerus, Terengganu sebagai simbol perjalanan sebagai satu ummah.

Menurut Menteri Besar Terengganu berkenaan, mereka yang berhimpun dalam acara itu adalah kerana ingin membawa mesej jelas iaitu apabila bersatu maka ummah akan menjadi kuat.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mencadangkan had laju dikaji semula sebagai antara usaha menangani krisis bekalan bahan api.

Beliau berpandangan, pendekatan itu bukan sebagai langkah menghukum tetapi sebagai pendekatan praktikal.

“Walaupun pengurangan penggunaan bahan api kelihatan kecil, apabila dikumpulkan merentas jutaan kenderaan, ia mampu menghasilkan penjimatan yang ketara.

“Krisis bekalan global bukan sekadar isu tenaga, tetapi juga isu ekonomi yang memberi kesan kepada pelbagai industri, rantaian bekalan dan akhirnya kos sara hidup rakyat,” katanya.

Related Posts

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berharap lebih ramai calon muda diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung tidak lama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

SIPITANG – Isu bekalan tenaga kini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi banyak negara di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ketidak tentuan geopolitik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan