Kerajaan tidak keluar permit khas untuk ‘ulat foto’

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang permit khas kepada ‘ulat foto’ yang beroperasi secara haram di tempat tumpuan pelancong sekitar ibu negara.

Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, faktor keselamatan pengguna jalan raya mendorong pihaknya tidak berkompromi terhadap sebarang aktiviti berkenaan.

“Dalam lawatan ke tapak berkenaan, apa yang kita lihat adalah isu keselamatan kerana persimpangan tersebut tidak selamat untuk melakukan aktiviti mengambil gambar, oleh itu kita tidak boleh boleh mempertimbangkan untuk beri permit,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memasang beberapa kamera litar tertutup tambahan di persimpangan tersebut bagi memantau aktiviti perhidmatan ‘ulat foto’.

“DBKL juga memasang sistem hebahan dalam lima bahasa di kawasan itu untuk membuat pengumuman setiap 10 minit memaklumkan kepada pelancong agar tidak menggunakan perkhidmatan ‘ulat foto’,” jelas beliau.

Ujar Hannah, operasi bersepadu polis bersama DBKL berjaya membanteras aktiviti tersebut yang dipelopori warga asing menggunakan indentiti palsu.

“Apa yang dimaklumkan oleh polis, mereka bukan orang tempatan tetapi warga asing yang menggunakan identiti palsu,” katanya.

Minggu lalu, seramai 25 individu termasuk seorang wanita dipercayai ‘ulat foto’ ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menahan 23 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga Filipina berusia 16 hingga 48 tahun dalam operasi bermula jam 10 malam.

Kesemua individu direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148/324 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula