Malaysia kutuk serangan terhadap pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk serangan berterusan terhadap pasukan pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam kalangan anggota pasukan di bawah PBB.

Kementerian Luar menerusi kenyataan memaklumkan, insiden terbaru pada Jumaat lalu di El Addaiseh, mencederakan tiga anggota pengaman Indonesia.

“Serangan ini ialah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang serius, dan mereka yang melakukannya mesti dipertanggungjawabkan,” katanya, pada Ahad.

Kenyataan itu juga menggesa semua pihak untuk memastikan keselamatan kakitangan PBB dan menekankan ketakbolehcabulan Misi PBB.

“Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan tegas termasuk memastikan perlindungan segera pasukan pengaman PBB di Selatan Lubnan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tiga anggota pengaman Indonesia terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan pada 29 dan 30 Mac lalu ketika berkhidmat di bawah UNIFIL.

Anggota yang terkorban dikenal pasti sebagai Kapten Zulmi Aditya Iskandar, Sarjan Satu Muhammad Nur Ichwan dan Prejurit Satu Farizal Rhomadhon.

Pasukan UNIFIL ditempatkan di selatan Lubnan bagi memantau permusuhan di sepanjang garis sempadan dengan Israel, kawasan yang kini menjadi pusat pertempuran sengit antara tentera Israel dan pejuang Hizbullah yang disokong Iran. 

Related Posts

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

TAMPIN – Tiada mana-mana individu akan dilindungi sekiranya didapati bersalah berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, prinsip kerajaan jelas iaitu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

TAMPIN – FELDA mengalami kerugian hampir RM10 bilion akibat salah urus serta campur tangan politik yang berlebihan walaupun agensi itu suatu ketika dahulu muncul sebagai syarikat perladangan terbesar di dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar