Polis tahan seorang suspek kes tetak Triang

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes tetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai minum di Triang, Bera pada 29 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Polis sedang giat menjalankan risikan dan operasi bagi mengesan tujuh lagi suspek yang masih bebas,” katanya, lapor Bernama.

Dalam pada itu, beliau berkata, suspek telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari – hingga 9 April ini – bagi membantu siasatan.

Zulkiflee berkata, mangsa yang terlibat dalam kejadian itu masih menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh akibat kecederaan parah yang dialami.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek yang masih bebas untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhamad Zulhilmi Ishak menerusi talian 014-2250306 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bera melalui talian 09-250 8222 bagi membantu siasatan.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri