Kadar IM Pahang Barakah Haji dikaji, ambil kira faktor semasa

KUANTAN – Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk menambah kadar Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) bagi jemaah haji dari negeri ini untuk tahun hadapan.

Sejak diperkenalkan kira-kira lima tahun lalu, semua jemaah haji yang berdaftar di Pahang menerima sumbangan berupa wang tunai dan makanan ‘sedia dimakan’ daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah IM Pahang di bawah program Barakah Haji sebanyak RM750 ketika ini akan dikaji semula berikutan situasi semasa, termasuk kenaikan kos perbelanjaan di Tanah Suci.

“Kadar ini sudah dilaksanakan sejak program Barakah Haji Pahang diperkenalkan lima tahun lalu.

“Saya pun dah minta Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk melihat perkara ini.

“Kalau keadaan kewangan (kerajaan Pahang) mengizinkan, saya fikir tidak ada masalah untuk kita tambah… berapa banyak (tambahan) itu, kita tengok semula selepas kajian teliti dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kursus Haji Perdana dan Penyampaian IM Pahang Barakah Haji Pahang di Masjid Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.

Selain Syed Ibrahim, hadir sama pada majlis itu adalah Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

Seramai 1,712 jemaah haji dari Pahang menerima inisiatif berkenaan pada majlis itu.

Wan Rosdy memaklumkan kerajaan Pahang menyediakan peruntukan hampir RM1.7 juta bagi tujuan pelaksanaan IM Pahang untuk program Barakah Haji bagi tahun ini.

Katanya, jumlah peruntukan itu akan ditambah pada tahun seterusnya dengan mengambil kira keperluan dan kedudukan kewangan negeri.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri