MADANI Mart berbeza dengan KR1M

KUANTAN – Pelaksanaan MADANI Mart bukan meniru atau menciplak model kedai runcit yang pernah diperkenalkan kerajaan sebelum ini,

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, MADANI Mart menggunakan pendekatan baharu tanpa melibatkan perbelanjaan modal kerajaan.

Model baharu itu berbeza dengan model terdahulu sekali gus beliau menolak dakwan sesetengah pihak mengatakan MADANI Mart ibarat ‘menyalin baju’ Kedai Rakyat 1Malaysia.

Tegas Fuziah, model sebelum ini memerlukan kerajaan menyediakan peruntukan besar termasuk kos pengubahsuaian premis dan inventori berbanding pelaksanaan MADANI Mart dilakukan melalui kerjasama dengan pengusaha yang diluluskan.

“Pendekatan ini menjadikan MADANI Mart sebagai model yang memberi manfaat kepada semua pihak tanpa membebankan kerajaan.

“Kalau orang kata ini ambil model terdahulu, tidak. Model terdahulu kerajaan keluar modal, kerajaan buat renovasi, kerajaan letak rak dan kerajaan yang bayar inventori sehingga ratusan ribu ringgit bagi setiap outlet.

“Dalam MADANI Mart ini kerajaan tidak keluarkan modal. Jadi ia merupakan model menang-menang kepada semua pihak dan yang paling mendapat manfaat ialah rakyat,” katanya, lapor Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelaksanaan MADANI Mart yang turut dijadikan rakan strategik tambahan kepada kira-kira 1,800 rakan strategik sedia ada bagi melaksanakan program Jualan Rahmah.

Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merasmikan outlet pertama MADANI Mart di Indera Mahkota di sini.

Menurut Fuziah, program MADANI Mart menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 outlet di seluruh negara bagi memastikan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu outlet yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan.

“Pelaksanaan 640 outlet berkenaan akan dinuat dalam tempoh dua tahun dan serta disokong oleh enam ehab pengedaran utama merupakan langkah progresif,” katanya.

Tambah Fuziah, permohonan untuk menjadi pengusaha MADANI Mart dibuka kepada individu atau syarikat yang berdaftar serta mempunyai komitmen perniagaan kukuh selain keupayaan operasi dan kewangan untuk mengendalikan outlet berkenaan dengan kaedah perlesenan.

Jelasnya antara syarat permohonan pembukaan premis berkenaan ialah dengan keluasan dua unit rumah kedai.

Related Posts

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PUTRAJAYA – PKR tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu. Ia sekali gus, menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

KES pembulian dan penyalahgunaan kuasa di sekolah perlu diambil tindakan segera oleh Kementerian Pendidikan selepas perbuatan itu menyebabkan guru-guru mengalami kemurungan serta gangguan anxiety yang kronik. Perbuatan itu didedahkan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX