Inisiatif Sokongan Rakyat diperkenal tangani impak krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI terus melaksanakan pelbagai tindakan bagi menampan impak krisis global di Asia Barat dengan menawarkan Inisiatif Sokongan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM4 bilion sebulan telah diperuntukkan bagi menyerap impak peningkatan harga minyak susulan konflik berlarutan di Asia Barat.

Beliau memaklumkan, Majlis Tindakan Ekonomi serta jawatankuasa berkenaan Jemaah Menteri setiap hari mengadakan perjumpaan dan memanggil beberapa pemegang taruh dalam mencari penyelesaian holistik.

“Ini termasuk saya sendiri akan memanggil, sama ada kontraktor kecil ataupun wakil nelayan, petani untuk mendengar keluhan mereka dan cuba menampung serta membantu sekadar yang kita mampu.

“Ini bukan perkara kecil, orang ramai yang menyinggung hal ini harus tahu kerajaan membantu rakyat tambahan RM4 bilion, ini untuk menahan (impak kenaikan harga bahan api dunia).

“Namun, tentu keupayaan ini terbatas dan lihatlah pengalaman negara lain. Jadi kalau ada cadangan lain baik dalam kalangan peniaga, nelayan (dan) pekerja sila kemukakan,” katanya dalam taklimat ringkas, pada malam Rabu.

Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari lalu, susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pelbagai usaha lain sedang dipergiatkan demi menjamin bekalan tenaga negara.

“Kita mempelbagaikan sumber import minyak dan gas dari negara lain. Ini sudah kita umumkan dan sekali lagi kerana kejayaan syarikat minyak negara, PETRONAS mengendalikannya dengan baik,” katanya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam