SPM 2025: Sarawak catat GPN 4.79, prestasi terbaik sejak 2013

KUCHING – Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi negeri Sarawak mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.79, sekali gus merekodkan prestasi terbaik sejak tahun 2013.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, rekod GPN tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.05 berbanding GPN 4.84 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media pencapaian SPM 2025 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka pada Selasa.

Menurut beliau, daripada 34,166 calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menduduki peperiksaan itu, seramai 853 pelajar berjaya memperoleh keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran.

“Secara keseluruhan, seramai 31,506 calon atau 93.99 peratus layak menerima sijil SPM.

“Walaupun terdapat sedikit penurunan sebanyak 0.12 peratus dari segi peratusan berbanding prestasi SPM 2024, bilangan sebenar pelajar yang memperoleh sijil tahun ini bertambah seramai 1,165 orang berbanding tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Roland turut berkongsi perkembangan positif mengenai penyusutan jurang pendidikan antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Jelas beliau, calon bandar merekodkan peningkatan prestasi dengan skor 4.44 berbanding 4.46 pada SPM 2024, manakala calon luar bandar turut mempamerkan kemajuan ketara dengan peningkatan sebanyak 0.08, iaitu kepada skor 5.03 berbanding 5.11 pada tahun sebelumnya.

“Tahun ini juga menyaksikan 27 buah sekolah berjaya mencapai kadar kelulusan 100 peratus.

“Lebih membanggakan, 19 daripada sekolah yang tersenarai itu terletak di kawasan luar bandar, membuktikan bahawa pelajar luar bandar mampu meraih keputusan luar biasa jika diberi sokongan yang sewajarnya,” ujarnya.

Menyentuh prestasi mata pelajaran, subjek teras iaitu Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains menunjukkan peningkatan skor di antara 0.01 hingga 0.25.

Bagi elektif STEM tulen pula, tiga subjek iaitu Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan, dengan Matematik Tambahan merekodkan lonjakan tertinggi.

Kecemerlangan itu turut dikongsi oleh calon berkeperluan khas (CBK) apabila 72.73 peratus daripada kumpulan tersebut berjaya memperoleh sijil SPM, di mana empat daripadanya melakar sejarah mendapat Gred A dalam kesemua mata pelajaran yang didaftarkan.

Related Posts

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

PERMATANG PAUH – Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2026 bukan sekadar platform meningkatkan kemahiran tenaga kerja, malah menjadi manifestasi komitmen kerajaan dalam mengangkat martabat golongan pekerja. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji kepada umum. Beliau berkata, perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah