Sabah catat sejarah keluar daripada ‘angka 5’ GPN SPM

RANAU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah melakar sejarah apabila menyaksikan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan pencapaian terbaik dengan Gred Purata Negeri (GPN) melonjak ke angka empat.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, GPN negeri itu kini berada pada tahap 4.85 mata, berbanding 5.00 mata pada tahun sebelumnya, sekali gus menamatkan penantian sekian lama untuk melihat Sabah keluar daripada belenggu ‘angka 5’.

“Alhamdulillah, tahun 2025 menyaksikan peningkatan yang sangat menggalakkan. Bukan sahaja GPN bertambah baik, malah bilangan calon yang layak mendapat sijil juga meningkat lebih 2,000 orang, menjadikan peratusan kelayakan sijil secara keseluruhan mencecah 95.5 peratus.

“Kita telah laksanakan pelbagai inisiatif seperti program LEAD 4.0 untuk memperkasakan peranan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta program EKSES yang memfokuskan kepada pemugaran ilmu pedagogi guru-guru Tingkatan Lima.

‘’Kejayaan ini juga didorong oleh pelbagai intervensi strategik, termasuk pengenalan Strategi 70-40 yang memfokuskan kepada lonjakan gred murid daripada gagal kepada lulus, serta peningkatan prestasi subjek-subjek kritikal,’’ kongsinya kepada media selepas pengumuman keputusan SPM 2025, SMK Agama Mohamad Ali, Rabau pada Selasa.

Mengulas lanjut, Raisin berkata, sebanyak 15 PPD di seluruh Sabah kini berjaya mencatatkan Gred Purata Daerah (GPD) di bawah angka 5, manakala baki sembilan lagi PPD akan menjadi kumpulan sasaran utama bagi tahun 2026.

‘’JPN Sabah turut berjaya menurunkan kadar ketidakhadiran calon secara drastik daripada 995 orang kepada 669 orang melalui program Sentuhan Sahsiah dan pengoptimuman asrama sebagai pusat kecemerlangan sebulan sebelum peperiksaan bermula.

“Bagi tahun 2026, saya meletakkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang lebih mencabar iaitu mahu mengurangkan jumlah calon tidak hadir kepada dua digit sahaja.

”Kami bersungguh-sungguh memastikan tiada anak-anak kita yang tertinggal daripada menduduki peperiksaan ini.

“Kejayaan ini juga adalah hasil sokongan padu Kerajaan Negeri Sabah yang banyak melabur dalam sektor pendidikan serta kerjasama rakan strategik seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Hasanah melalui Program Anak Angkat MADANI,” jelasnya.

Tambahnya, penggunaan data Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PASA) Tingkatan Empat turut menjadi kunci utama untuk guru-guru melaksanakan intervensi awal yang lebih berfokus kepada kelemahan murid sebelum mereka melangkah ke tahun peperiksaan.

Tambahnya lagi, sejak pelancaran Deklarasi Landskap Baharu Pendidikan Sabah pada 2024, inisiatif tersebut telah membuahkan hasil nyata dengan meningkatkan prestasi serta keyakinan calon SPM negeri ini untuk bersaing di peringkat kebangsaan.

  • Related Posts

    Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

    KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

    KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

    Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

    Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

    Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

    Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

    • By Ezmie
    • October 9, 2026
    Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

    Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

    Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

    Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

    Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

    RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

    • By Ezmie
    • October 9, 2026
    RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak