Harga sebenar diesel cecah RM5 seliter, pengekalan subsidi di Borneo langkah tepat

KUCHING – Lonjakan harga pasaran minyak antarabangsa susulan ketegangan di Selat Hormuz telah menyebabkan harga sebenar diesel di peringkat global kini menghampiri paras RM5 seliter. 

Bagaimanapun, pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan dilihat sebagai langkah kritikal bagi mengimbangi kelestarian kewangan negara tanpa meminggirkan keperluan mendesak rakyat, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Penyelaras Program Master Business Administration (MBA) di University of Technology Sarawak (UTS), Dr. Abdul Hayy Haziq Mohamad berkata, walaupun Malaysia tidak terlibat secara langsung dalam konflik di Timur Tengah, kesan rantaian lonjakan harga minyak global tetap dirasai oleh rakyat di negara ini.

Beliau menjelaskan bahawa penyusutan nilai mata wang tempatan berbanding dolar Amerika Syarikat serta spekulasi pasaran telah melonjakkan kos import minyak secara drastik.

“Jika mengikut harga pasaran dunia yang ditukar kepada nilai mata wang kita, harga sebenar diesel pada masa kini mencecah hampir RM5 seliter. Bagi mengurangkan beban ini, kerajaan terpaksa menggunakan hasil pendapatan negara, termasuk kutipan cukai dan eksport, untuk menampung kenaikan harga tersebut melalui pemberian subsidi berterusan,” katanya.

Rasionalisasi bersasar Semenanjung dan pengecualian Borneo

Namun begitu, Ketua Pusat Penyelidikan CONTRIBUTE UTS itu menegaskan bahawa kerajaan tidak mampu untuk terus menanggung subsidi pukal yang terlalu tinggi. Langkah rasionalisasi secara bersasar terpaksa diambil bagi memastikan kewangan negara kekal stabil dan tidak terjejas teruk akibat manipulasi pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, pengapungan harga di Semenanjung Malaysia memperlihatkan subsidi diesel secara menyeluruh tidak lagi ditanggung oleh pihak kerajaan.

“Sebaliknya, kemudahan subsidi tersebut kini hanya dikhususkan kepada syarikat komersial dan sektor pengangkutan tertentu sahaja bagi mengawal kos operasi perniagaan.

“Hal ini sangat berbeza dengan situasi di Sabah dan Sarawak, di mana penduduknya masih terus menikmati kemudahan subsidi diesel sepenuhnya tanpa sebarang pengehadan atau pengapungan harga.

Abdul Hayy Haziq menyifatkan pengekalan subsidi diesel di wilayah Borneo sebagai satu keputusan yang amat tepat, adil, dan bersesuaian dengan realiti sosioekonomi serta geografi setempat.

“Majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman, perlu menempuh perjalanan jarak yang sangat jauh. Oleh sebab itu, mereka amat bergantung kepada kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang menggunakan bahan api diesel sebagai mod pengangkutan utama.

“Selain itu, purata pendapatan atau kemampuan kewangan penduduk di luar bandar Borneo tidak sebesar penduduk di bandar-bandar utama, menjadikan subsidi diesel ini satu keperluan mutlak bagi kelangsungan hidup mereka,” jelasnya panjang lebar.

Kawal kos sektor makanan dan pertanian

Mengulas lanjut, beliau mengatakan pengurusan harga diesel yang strategik ini penting bagi mengelakkan berlakunya kesan rantaian yang lebih besar kepada kos sara hidup rakyat.

Ujarnya, kenaikan kos dalam industri minyak dan gas telah pun memicu peningkatan mendadak harga bahan kimia pertanian seperti ammonia dan sulfur, yang akhirnya melonjakkan harga baja di pasaran. 

“Jika harga diesel yang digunakan untuk logistik dan jentera pertanian tidak dikawal dengan baik melalui kaedah subsidi bersasar ini, kos operasi sektor pertanian akan menjadi semakin parah, yang kelak akan mengakibatkan lonjakan harga barang makanan asas secara mendadak di pasaran,” jelas beliau lagi.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan