PNK Kabong terus kukuh, 1,176 ahli beri sokongan padu

KABONG – Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong membuktikan kredibilitinya sebagai antara persatuan nelayan terbesar di Wilayah IV Betong apabila terus menerima sokongan padu daripada 1,176 ahlinya.

Kekuatan organisasi itu terserlah apabila Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-46 yang berlangsung pada Ahad berjalan lancar tanpa sebarang pertandingan bagi jawatan kepimpinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, situasi tersebut mencerminkan keyakinan tinggi ahli terhadap nakhoda sedia ada dalam mengemudi persatuan.

Menurut beliau, PNK Kabong kini perlu fokus untuk mentransformasikan sektor perikanan tempatan agar lebih berdaya saing dan mampan demi masa depan komuniti.

“PNK Kabong perlu bergerak seiring dengan perubahan semasa dengan meningkatkan nilai hasil nelayan serta memperluaskan rantaian pemasaran.

“Langkah ini penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah yang selama ini menjejaskan margin keuntungan nelayan,” katanya ketika merasmikan MAT tersebut pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Chee turut menggesa agar pendekatan teknologi moden diperkenalkan segera bagi menarik minat generasi muda menceburi bidang perikanan.

“Kita mahu melihat lebih ramai anak nelayan tampil dengan idea baharu dan inovasi. Industri ini perlu berkembang agar mampu menjana pendapatan lebih lumayan kepada komuniti,” ujarnya.

Terdahulu, majlis turut diserikan dengan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PNK Kabong 2026 yang diadakan di Dewan Serbaguna Balai Polis Kabong.

Pada majlis berkenaan, sebanyak RM15,920 nilai sumbangan diagihkan kepada golongan asnaf, bantuan pendidikan YANEM 2025, Anugerah Pelajar Cemerlang (UASA dan SPM), serta bantuan perubatan ahli.

Komitmen tersebut membuktikan PNK Kabong bukan sekadar organisasi ekonomi, malah menjadi tunjang kebajikan dan pemangkin kecemerlangan pendidikan anak-anak nelayan di kawasan tersebut.

Turut hadir isteri beliau, Datin Meryani Yasin; Pegawai Wilayah LKIM Wilayah IV Betong, Nurhaizawati Samsimon; Pengurus Besar PNK Kabong, Sahariya Tahot dan Pengerusi Lembaga Pengarah PNK Kabong, Darmizan Daud.

Related Posts

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

KUCHING – Indonesia terus memperhebat operasi pemadaman darat dan udara serta memperketat penguatkuasaan undang-undang bagi menangani krisis kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) yang sedang melanda negara tersebut.   Konsulat Jenderal Republik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO