Cadang hukuman sebat terhadap pemandu mabuk sebabkan kematian

KUALA LUMPUR – Amanah mencadangkan hukuman sebat dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian bagi memastikan hukuman lebih tegas dan memberi kesan pencegahan lebih kuat.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, cadangan itu susulan kemalangan maut yang meragut nyawa Amirul Hafiz Omar, yang dipercayai dilanggar pemandu mabuk semalam.

Beliau berkata, kejadian itu bukan sahaja mengorbankan nyawa, malah memberi kesan besar kepada keluarga mangsa.

“Justeru, satu mekanisme baharu perlu diambil kerajaan untuk memastikan satu pampasan setimpal dibayar segera oleh pesalah ataupun keluarga dalam kes-kes kemalangan seumpama ini, selain pampasan gantirugi oleh pihak insurans yang diambil pemandu (jika ada),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Faiz berkata, antara langkah lain yang dicadangkan ialah pembatalan serta-merta lesen memandu terhadap individu yang ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, langkah itu memerlukan pindaan terhadap Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan tindakan lebih tegas diambil.

Beliau berkata, kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk masih berlaku walaupun kerajaan sebelum ini meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan memperkenalkan hukuman lebih berat.

Katanya, di bawah Seksyen 44(1) akta berkenaan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun bagi kesalahan pertama dan 15 hingga 20 tahun bagi kesalahan kedua.

“Ia tidak mencukupi bagi mencegah kesalahan ini berdasarkan kepada kes yang masih berleluasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya hukuman sebat ditambah kepada hukuman sedia ada meliputi penjara dan denda.

“Hukuman sebat lazimnya dikenakan terhadap kesalahan jenayah serius seperti rogol, rompakan dan dadah. Oleh itu, sudah sampai masanya kes kematian akibat pemandu mabuk dianggap sebagai jenayah serius,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan juga perlu mengambil langkah pencegahan lebih komprehensif dengan memperketat kawalan penjualan minuman beralkohol.
Menurutnya, langkah itu termasuk mengehadkan kategori pembeli serta premis yang dibenarkan menjual minuman beralkohol.

“Larangan menjual atau menghidangkan minuman beralkohol di tempat terbuka perlu dilaksanakan dan premis yang menjual minuman beralkohol juga perlu memastikan pelanggan tidak memandu sendiri selepas mengambil minuman itu.

“Dalam keadaan ini, premis jualan boleh dikenakan kesalahan sekiranya didapati menjual atau menyediakan minuman beralkohol kepada individu yang memandu sendiri,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit