Net exporter: Antara mitos dan realiti pahit

MADANI bukan kerajaan populis. Sebab itu keputusan yang diambil hari ini atau pada bulan April nanti mungkin tidak popular, tetapi itulah yang negara perlukan.

MADANI buat apa yang perlu, bukan laksana apa yang sedap didengar.

Tidak menolak kemungkinan, Kerajaan MADANI akan kehilangan undi dengan pelbagai keputusan yang kurang popular, namun MADANI memilih untuk tidak menggadaikan masa depan negara demi populariti sementara.

Pilihan raya bukan lama lagi, bermula di Melaka dan Johor. Kalau MADANI nak menang, subsidikan sahaja semua harga petrol/diesel ketika krisis perang Iran ini. Tetapi, MADANI sebuah kerajaan bertanggungjawab.

Apa gunanya menang pilihan raya kalau negara yang diwariskan nanti penuh masalah?

Ramai yang terlepas fakta, bahawa sejak 2024 kita bukan lagi negara pengeluar minyak yang ‘solid’. Mereka masih nak banding ayat PMX dalam debat Anwar-Shabery tahun 2008.

Dulu (tahun 2008) kita ‘net exporter’, menghasilkan 750,000 ‘barrel’ dan guna cuma 400,000 ‘barrel’ sehari. Maka negara kita akan beroleh keuntungan dengan kenaikan setiap dollar harga minyak global.

Sekarang (sejak 2024) kita bukan lagi ‘net exporter’ yang ‘solid’, menghasilkan 570,000 ‘barrel’ dan menggunakan 750,000 sehari. Defisit sekitar 200,000 ‘barrel’ sehari, kenaikan harga petrol global pasti akan menambah jumlah subsidi.

Adakah mereka tak sedar jumlah kenderaan dan penggunaan minyak 18 tahun yang lalu tidak sama dengan hari ini? Malah jumlah tong minyak yang digali juga adalah kurang berbanding dua dekad lalu.

Kita bising diesel naik 80 sen tiga minggu berturut, tapi segala lori ‘essential’ ada fleetcard, dan majoriti pengguna 4×4 masih dapat subsidi kini RM300 sebulan.

Pembangkang di Semenanjung juga bising mempersoal mengapa diesel di Sabah Sarawak kekal RM2.15, dengan bermacam sindiran. Mereka bercakap seolah tidak ada otak yang mampu memproses bahawa adil itu bukan sama rata.

Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad dengan lesen memandu yang sah, layak untuk menikmati 300 liter RON95 dengan harga RM1.99, harga syurga buat seluruh Asia kecuali Brunei. Ya, anda bukan si bodoh yang cuba banding dengan Brunei.

Semalam diumumkan jumlah kuota 300 liter itu dikurangkan kepada 200 liter bermula pada bulan April nanti, yakinlah bahawa pengurangan kuota demi penjimatan itu adalah lebih baik dari dikurangkan terus subsidi (naikkan harga RON95).

Kajian menunjukkan 90 peratus rakyat guna 200 liter sebulan, maka berjimatlah kita dengan kuota yang ada, rancang perjalanan, gunakan kuota itu sebaiknya.

Kita sebagai rakyat ayuh hadap krisis ini bersama, jangan salahkan kerajaan semata-mata.

Kerajaan MADANI telah lakukan segala daya dengan persediaan yang sewajarnya, sebab itu kita perlu banding dengan negara Asia yang lain, bagaimana paniknya mereka apabila petrol/diesel dicatu, ketika kita masih lagi duk tanya “dah raya rumah wan ongah ke belum?”

Lihat video terbaru keadaan berlaku di Thailand, Indonesia, Filipina, India, dan banyak lagi negara lain berlaku seumpama ini, tetapi tidak di Malaysia. Mengapa?

*Edy Noor Reduan ialah Pengerusi KARESMA (Kelab Rakan Media Siasah Madani)

Related Posts

Malaysia tetap pertahan prinsip negara walau ada hubungan baik bersama kuasa besar

MUAR – Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima