KPDN perketat penguatkuasaan RON95, kawal jualan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing bermula Rabu depan sebagai langkah lebih tegas bagi menangani gangguan bekalan bahan api yang berpotensi menjejaskan ekonomi negara.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pada tarikh sama, pengusaha stesen minyak di Sabah, Sarawak dan Labuan turut diarahkan mengawal penjualan diesel kepada kenderaan pengangkutan darat berdasarkan kategori kenderaan.

Beliau berkata, setiap transaksi pembelian diesel akan dihadkan kepada 50 liter, 100 liter atau 150 liter mengikut kategori kenderaan.

Langkah itu bertujuan memastikan diesel bersubsidi yang dijual pada harga RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak disalah guna oleh sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak, selain memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia.

“KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik atau pemandu kenderaan asing mahupun pengusaha stesen minyak yang melanggar peraturan ini dan akan berdepan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa.

“Bagi aspek penguatkuasaan, 2,400 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara kini siap siaga bagi melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di lapangan.

“Melalui Ops TIRIS 4.0, KPDN akan memperkukuh kerjasama strategik bersepadu bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Polis Diraja Malaysia serta agensi penguat kuasa lain bagi menutup sebarang ruang penyelewengan dan ketirisan,” katanya lapor BH.

Kelmarin, kerajaan dilaporkan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan program BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa Rabu ini bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipetik berkata langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia.

Penyelarasan itu, katanya, tidak menjejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.

Sementara itu, Azman berkata, KPDN memberi amaran keras terhadap sebarang cubaan mana-mana pihak, sama ada individu atau sindiket yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi konflik global ketika ini.

Beliau berkata, perbuatan menyeleweng subsidi negara adalah pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara, selain tindakan penguatkuasaan paling tegas akan diambil tanpa sebarang toleransi.

“KPDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi mengekang isu penyeludupan dan ketirisan, selain memastikan kestabilan bekalan barang kawalan terjamin di pasaran meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik akibat konflik semakin meruncing di Asia Barat.

“Iltizam dan usaha berterusan KPDN ini, selari saranan dan hasrat Anwar bagi memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara terus terjamin dan dapat memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula