Malaysia hantar nota diplomatik kepada Filipina berhubung isu tuntutan Sabah

MALAYSIA akan mengemukakan nota diplomatik kepada Filipina bagi menolak sebarang dakwaan berhubung tuntutan terhadap Sabah susulan kenyataan beberapa pemimpin negara itu yang mahu menghidupkan semula isu berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Wisma Putra akan mengemukakan nota diplomatik tersebut dalam masa terdekat bagi menyatakan bantahan rasmi Malaysia.

“Kita (Wisma Putra) akan menghantar nota diplomatik untuk menyatakan bantahan dan penolakan terhadap kenyataan itu? Apa yang mereka nyatakan itu adalah tidak berasas kerana Sabah adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia.

“Rakyat Sabah sendiri melalui Suruhanjaya Cobbold yang telah pun memilih untuk menyertai Persekutuan Malaysia dan kemudian ia diperakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Jadi, tidak timbul soal bahawa Sabah masih lagi menjadi tuntutan mereka (Filipina),” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Tanjong Rantau, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Senator Filipina, Robin Padilla, menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu lalu dilaporkan berkata, sudah tiba masanya Manila bertindak tegas untuk menuntut semula wilayah yang didakwanya milik Filipina, termasuk menghantar wakil rasmi ke kawasan berkenaan.

Padilla turut menggesa Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr., supaya menghidupkan semula tuntutan negara itu terhadap Sabah.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu tuntutan berkenaan bukan perkara baharu, sebaliknya kerap dibangkitkan oleh segelintir ahli politik negara berkenaan.

“Saya rasa rakyat Filipina sendiri pun dah faham cuma ahli-ahli politik mereka saja yang kadang-kadang nak mencari isu-isu yang boleh mengalihkan pandangan ataupun perhatian rakyat daripada masalah sebenar.

“Kalau mereka nak cakap terpulanglah kerana ada orang yang nak jadikan perkara itu sebagai kempen politik, untuk menjuarai kadang-kadang ada isu yang dia nak bawa untuk menjuarai sesuatu bagi menutup kelemahan masing-masing,” katanya.

Mengulas sama ada kenyataan berulang oleh pemimpin Filipina itu boleh menjejaskan hubungan dua hala, Mohamad berkata, perkara berkenaan tidak menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Menurutnya, kenyataan berkenaan dibuat oleh individu tertentu dan bukan pendirian rasmi kerajaan Filipina.

“Saya yakin setelah banyak tuntutan dibuat, ia tidak pernah mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia dan Filipina, tambahan pula Filipina adalah Pengerusi ASEAN tahun ini,” katanya.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu