Situasi bekalan minyak Malaysia masih terkawal, cukup hingga Mei

SHAH ALAM – Kedudukan bekalan minyak negara ketika ini masih berada pada tahap terkawal dan belum seteruk beberapa negara jiran yang terpaksa melaksanakan catuan susulan konflik di Asia Barat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bekalan sedia ada dijangka mencukupi sehingga Mei, dengan pemantauan rapi dilakukan bagi memastikan kestabilannya dapat dikekalkan selepas tempoh itu.

“Jadi kita sedang pantau setiap hari,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, hari ini.

Anwar berkata, langkah Petronas memperluaskan pelaburan di luar negara termasuk di rantau Teluk, Brazil, Suriname dan Kanada turut membantu memperkukuh sumber bekalan serta pulangan untuk memenuhi keperluan domestik.

“Setakat ini Alhamdulillah, kalau sudah lihat umpamanya keadaan gawat di beberapa negara sekeliling kita, kita harus bersyukur, jangan terlalu leka dan terlalu sibuk dalam soal politik, sebaliknya tumpu untuk membela nasib rakyat dan negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, atas kebenaran diberikan kepada kapal tangki minyak Malaysia melalui Selat Hormuz.

“Hari ini saya juga ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Presiden Iran kerana dalam perbincangan saya semalam, dia sudah mengarahkan supaya langkah diambil segera melepaskan kapal minyak Petronas dan juga syarikat Malaysia,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan penyelarasan sementara had kelayakan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan harga petrol RON95 bersubsidi serta diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal masing-masing pada RM1.99 seliter dan RM2.15 seliter.

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan semalam memaklumkan kerajaan menanggung subsidi petrol dan diesel yang dianggarkan mencecah RM4 bilion sebulan menerusi pelaksanaan program BUDI95 dan BUDI Diesel berikutan kenaikan harga minyak mentah global.

Konflik berpanjangan di Asia Barat terus memberi tekanan kepada pasaran tenaga dunia apabila harga minyak mentah melepasi AS$100 setong, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman