Lapan lelaki disyaki serang polis ditahan, direman tiga hari

GEORGE TOWN – Polis menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan suspek dipercayai menyerang pihak polis akibat salah faham dalam insiden di kawasan pangsapuri di Jalan Sungai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata kesemua lelaki berusia 28 hingga 39 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar daerah Timur Laut, di sini susulan kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar insiden tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad dalam satu kenyataan berkata, pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menerima permintaan bantuan daripada anggota polis yang bertugas di lapangan pada 9.50 malam tadi selepas menghadapi masalah sebelum kejadian tersebut.

Beliau berkata, anggota polis itu sedang menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang di pangsapuri tersebut dan apabila pasukan bantuan tiba mendapati empat anggota yang bertugas sedang mengejar seorang individu mencurigakan yang melarikan diri ke arah perumahan itu sebelum berlaku perselisihan faham dengan beberapa orang awam di situ.

Abdul Rozak berkata, akibat kejadian tersebut, tiga daripada empat orang anggota polis yang bertugas itu mengalami kecederaan ringan semasa pergelutan dengan orang awam di situ.

“Polis menahan lapan lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan Mahkamah Majistret George Town di sini membenarkan kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga 28 Mac.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan 353 Kanun Keseksaan iaitu merusuh serta menggunakan kekerasan jenayah atau ugutan bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai agar tidak menular video kejadian itu dan membuat sebarang spekulasi di media sosial sehingga boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menjejaskan siasatan polis.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan individu dengan pihak polis di percayai berkaitan salah faham sehingga menimbulkan ketegangan.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu