Kerajaan Negeri sumbang RM100,000 bantu Yayasan Buah Pinggang Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas berjumlah RM100,000 kepada Yayasan Buah Pinggang Sabah bagi menyokong usaha membantu pesakit buah pinggang di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Masidi Manjun berkata, bantuan berkenaan diharap dapat memperkukuh perkhidmatan kepada pesakit yang memerlukan, khususnya dalam memperluaskan akses rawatan hemodialisis di Sabah.

“Bantuan itu akan disalurkan dalam dua peringkat, dengan RM50,000 diserahkan terlebih dahulu.

“Baki RM50,000 lagi akan diberikan selepas yayasan menunjukkan perkembangan yang baik dalam melaksanakan peranannya.

“Penyakit buah pinggang tidak boleh dipandang ringan memandangkan ramai pesakit masih bergantung kepada rawatan hemodialisis untuk terus hidup.

“Sabah ketika ini mempunyai kira-kira 460 mesin hemodialisis di hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada sekitar 2,400 pesakit, bermakna satu mesin dikongsi oleh kira-kira lima pesakit.

“Angka itu bukan sahaja mencerminkan tekanan terhadap perkhidmatan kesihatan, tetapi juga beban yang ditanggung pesakit, khususnya mereka yang terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan,” katanya pada Majlis Hari Raya Yayasan Buah Pinggang Sabah, di sini pada Khamis.

Masidi turut menggesa Yayasan Buah Pinggang Sabah supaya lebih proaktif dan strategik dalam memperluaskan perkhidmatan hemodialisis ke kawasan yang masih kekurangan kemudahan tersebut.

Tegasnya Yayasan berkenaan perlulah mengamal dan menghayati kepentingan integriti, akauntabiliti dan ketelusan bagi memastikan setiap sumbangan benar-benar memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, Masidi turut menyeru rakyat Sabah agar memberi perhatian lebih serius terhadap penjagaan kesihatan, khususnya dengan lebih berwaspada terhadap pemakanan harian, ketika penyakit buah pinggang terus menjejaskan semakin ramai keluarga di negeri ini.

Tambahnya, banyak penyakit serius boleh dicegah sekiranya orang ramai lebih peka terhadap gaya hidup seharian dan tabiat pemakanan mereka.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun