Vesel nelayan Kelas C ditahan, disyaki langgar lesen dan imigresen

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Perak menahan sebuah vesel nelayan kelas C yang disyaki melanggar syarat lesen serta melakukan kesalahan imigresen dalam operasi khas, pada Rabu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel berkenaan ditahan kira-kira 5.5 batu nautika barat daya Pulau Buloh pada sekitar pukul 8.08 malam menerusi Op Khas Tanjung 2 dan Op Khas Pagar Laut 1/2026.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada jarak minimum 15 batu nautika dari daratan terdekat.

“Vesel itu juga disyaki menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pemeriksaan lanjut mendapati seramai lima kru warga Myanmar termasuk tekong berada di atas vesel tersebut, dan kesemua mereka dipercayai melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Tambah beliau, Maritim Negeri Perak akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

“Vesel terbabit bersama lima kru serta hasil tangkapan dianggarkan kira-kira 250 kilogram ikan campur telah diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

“Kes kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,”jelasnya.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 karton air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled