Malaysia gesa gencatan senjata konflik Asia Barat

PUTRAJAYA – Malaysia menyatakan hasrat agar satu gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan dapat dilaksanakan segera bagi meredakan ketegangan di rantau Asia Barat.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan perkara itu dalam perbualan telefon bersama Menteri Luar Iran, Dr Seyed Abbas Araghchi, pada Selasa.

Mohamad berkata, perbincangan turut menyentuh perkembangan semasa di rantau berkenaan.

“Perkara itu termasuk kepentingan menjaga laluan maritim di Selat Hormuz bagi menjamin kestabilan ekonomi dan keselamatan tenaga global.

“Malaysia menyatakan hasrat agar gencatan senjata yang menyeluruh dan kekal dilaksanakan segera. Kepentingan dialog dan diplomasi dalam meredakan ketegangan.

“Menghentikan peperangan amat diperlukan ketika ini,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mohamad berkata, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam usaha diplomasi bagi mempromosikan keamanan dan keselamatan serantau secara berterusan.

Terdahulu, Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan satu pelan 15 perkara kepada Iran dalam usaha menamatkan konflik di Asia Barat, menurut laporan Reuters yang memetik sumber rapat dengan rundingan itu. 

Pelan berkenaan terlebih dahulu didedahkan oleh The New York Times dan disampaikan kepada Teheran melalui Pakistan.

Menurut laporan, pelan itu menumpukan kepada program peluru berpandu balistik serta nuklear Iran, selain keselamatan laluan maritim strategik termasuk Selat Hormuz. 

Bagaimanapun, jurucakap tentera Iran memperlekehkan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai perjanjian gencatan senjata, dengan mendakwa bahawa kuasa besar dunia itu kini umpama ‘berunding dengan diri mereka sendiri’.

Dalam satu video prarakaman disiarkan di televisyen kerajaan pada Rabu, Leftenan Kolonel Ebrahim Zolfaghari menyifatkan kuasa strategik AS kini bertukar menjadi ‘kegagalan strategik’, lapor Hindustan Times.

Beliau turut menegaskan bahawa era janji kosong Washington sudah berakhir dan kekalahan pihaknya tidak wajar digambarkan sebagai satu perjanjian.

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor