Keadaan terkawal, pengisytiharan kemarau di Tawau ditarik balik

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau memutuskan menarik semula pengisytiharan bencana kemarau yang diumumkan pagi tadi selepas mengesahkan keadaan semasa tidak lagi memenuhi kriteria bencana berkenaan.

Pengerusinya, Joseph Pang berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian dan pemantauan semasa oleh pihak berkuasa.

“Secara keseluruhannya, situasi di daerah Tawau adalah terkawal, namun isu kekurangan bekalan air di kawasan Pulau Sebatik masih dalam pemantauan rapi JPBD.

“JPBD Tawau akan terus melaksanakan pemantauan berterusan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keadaan kekal terkawal, ” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Sehubungan itu, orang awam juga dinasihatkan agar merujuk kepada saluran rasmi serta mengamalkan penggunaan air secara berhemah.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan