Anggota MALBATT di Lubnan selamat walaupun letupan berhampiran kawasan operasi

KUALA LUMPUR – Semua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang bertugas dalam misi pengaman di selatan Lubnan dilaporkan berada dalam keadaan selamat walaupun beberapa insiden letupan berlaku berhampiran kawasan operasi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, insiden letupan itu berlaku susulan ketegangan antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah, namun tiada anggota MALBATT terjejas atau mengalami kecederaan.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya di kawasan penugasan MALBATT 850-13, dengan aspek keselamatan anggota terus diberi keutamaan.

“Markas UNIFIL di Naqoura turut memantau keadaan secara berterusan serta mengeluarkan arahan kepada semua pasukan pengaman agar sentiasa berjaga-jaga.

“Langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan termasuk rondaan berjadual, peningkatan tahap kesedaran situasi serta komunikasi rapi antara unit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, MALBATT 850-13 kekal melaksanakan tugas di kawasan tanggungjawab masing-masing dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

“Kementerian melalui Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi semasa serta bekerjasama rapat dengan UNIFIL dan rakan pasukan pengaman lain bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terpelihara.

“Kerjasama ini penting bagi memastikan tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik dalam keadaan semasa,” katanya.

Related Posts

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

KUALA LUMPUR – Asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyediakan ruang dan peluang pelaburan yang menarik dalam pasaran modal negara. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

KUALA LUMPUR – Tetuan Christopher & Lee Ong menegaskan tuntutan RHB Capital Bhd terhadap Tan Sri Abdul Rashid Hussain dalam satu guaman sivil kira-kira 20 tahun lalu ditolak sepenuhnya oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September