Wujud kerusi baharu demi perkhidmatan wakil rakyat lebih efektif – Nizam

TAWAU – Satu atau dua kerusi Parlimen baharu di kawasan Zon 12 dilihat wajar diwujudkan bagi memastikan wakil rakyat dapat berkhidmat dengan lebih efektif sekali gus memberi tumpuan lebih menyeluruh kepada rakyat.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, keperluan itu juga susulan pertambahan pengundi di kedua-dua Parlimen iaitu Tawau dan Kalabakan.

Nizam berkata, difahamkan lebih 90,000 orang pengundi Tawau setakat ini manakala Parlimen Kalabakan seramai 80,000 orang dengan keseluruhan tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Terdapat keperluan untuk mewujudkan kawasan Parlimen baharu bagi memberi ruang dan peluang kepada pemimpin serta rakyat berinteraksi dengan lebih fokus.

“Ini bermakna mungkin satu kawasan Parlimen boleh dipecahkan kepada anggaran 40,000 hingga 50,000 pengundi.

“Oleh itu, di peringkat Zon 12, sekurang-kurangnya satu atau dua kerusi Parlimen baharu wajar diwujudkan demi kebaikan rakyat dan pembangunan di sesuatu kawasan,” ujarnya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, di Dewan Masyarakat Tawau, pada Isnin.

Menurut Nizam yang juga ADUN Apas, mengikut peraturan, kajian persempadanan Pilihan Raya perlu dilaksanakan setiap 10 tahun dan proses tersebut telah dilakukan di peringkat DUN.

Bagaimanapun katanya, persempadanan di peringkat Parlimen masih belum dilaksanakan dan kekal dengan 222 kerusi di seluruh negara.

Dalam pada itu, Nizam berkata, Zon 12 siap sedia bagi menghadapi PRU16 akan datang selain sudah mengenal pasti tiga calon yang akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan untuk penilaian.

“Saya yakin, Insya-Allah rakyat akan terus memberi sokongan serta memilih kerajaan perpaduan yang ada pada hari ini yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

“Bagi menghadapi PRU16, tiga nama akan dikemukakan dan merangkumi gabungan muka baharu, pemimpin lama serta penyandang sedia ada bagi memastikan wakil yang dipilih benar-benar mampu mewakili parti dan rakyat dengan berkesan,” ujarnya.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU