Dua anggota JPJ digantung, siasatan telus isu video tular dan kemalangan

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara dua anggotanya bagi membantu siasatan berhubung video tular yang mendakwa kenderaan jabatan itu melanggar garisan berkembar di Lebuh Raya Timur–Barat, Jeli.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kedua-dua anggota berkenaan telah diarahkan hadir ke ibu pejabat dan digantung tugas sehingga siasatan dalaman selesai.

Menurutnya, JPJ memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak, dan tindakan tegas termasuk saman serta tatatertib akan diambil jika wujud pelanggaran undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemantauan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2026 di Pusat Kawalan Menora, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, Isnin.

Hadir sama Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan insiden melibatkan kenderaan JPJ di Jeli dan kemalangan maut di Kota Bharu yang dikaitkan di media sosial sebenarnya berlaku pada dua hari berbeza.

Katanya, kes melanggar garisan berkembar berlaku pada 19 Mac di Hentian Damai, Jeli, manakala kemalangan maut di Kilometer 85.5 Jalan Kota Bharu–Machang–Jeli berlaku pada keesokan hari.

“Saya sahkan kedua-dua kejadian melibatkan kenderaan dan anggota sama, namun ia tidak berlaku pada hari yang sama seperti didakwa,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan kenderaan JPJ dipandu secara berbahaya selain cuba mengaitkannya dengan kemalangan maut di Tanah Merah.

JPJ Kelantan menafikan kaitan tersebut dan menegaskan siasatan lanjut berada di bawah bidang kuasa polis, sambil menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan