Pintu gerbang di Saratok terus ‘menyala’ tahun ini, 13 buah meriahkan suasana malam

SARATOK – Suasana kampung pada waktu malam di sekitar Saratok terus dimeriahkan lagi tahun ini dengan 13 buah pintu gerbang yang berdiri megah menyerikan lagi suasana penduduk kampung seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sudah menjadi tradisi buat warga kampung di Saratok. Apabila menghampiri Hari Raya Aidilfitri, suasana kampung sememangnya dimeriahkan dengan kehadiran lampu warna-warni pintu gerbang yang pelbagai corak dan ukiran.

Tinjauan The Malaysia Press di Saratok mendapati pintu gerbang tahun ini meningkat dari tahun-tahun sebelumnya dengan penyertaan 13 buah pintu gerbang berbanding 12 buah pada tahun lepas.

Pada tahun ini, Pertandingan Pintu Gerbang Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah anjuran Pusat Khidmat ADUN Kalaka dengan kerjasama Lakis Saratok dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Majlis Daerah Saratok.

Penganjuran pertandingan dan acara ini sememangnya boleh dikatakan wajib diadakan setiap tahun dan telah menjadi tradisi buat warga Saratok.

Acara ini diadakan adalah bagi menambah kemeriahan sempena menyambut hari raya Aidilfitri di sekitar kampung dengan tema pada tahun ini adalah Kesyukuran dan Kesederhanaan.

Pihak penganjur juga telah bekerjasama dengan Majlis Daerah Saratok (MDS) dengan sangat menggalakkan penggunaan barang kitar semula seperti botol plastik, dan sebagainya dalam penyiapan pintu gerbang mengikut kreativiti tersendiri.

Untuk tahun ini, hadiah kemenangan bagi pertandingan pintu gerbang juga telah dinaikkan di mana juara bakal menerima RM5,000 berserta piala dan sijil. Manakala naib juara dan ketiga masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan RM3,000 berserta piala dan sijil.

Tempat keempat akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta sijil dan saguhati akan menerima RM1,500 beserta sijil untuk semua penyertaan.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak