Rayakan Aidilfitri dengan sederhana, dunia berhadapan ketidaktentuan

ALHAMDULILLAH, tanpa kita sedari sudah hampir sebulan penuh kita melalui ibadah Ramadan. Jumaat atau Sabtu ini kita akan menyambut kedatangan Aidilfitri pula.

Sedih meninggalkan Ramadan, madrasah yang membentuk dan memperbaharui fitrah kita sebagai seorang Muslim.

Dunia sekarang tidak sedang baik-baik sahaja, malah mengkhuatirkan.

Di Asia Barat perang masih terjadi, perang yang memberi impak secara langsung dalam skala global. Mereka yang berperang, tapi seluruh dunia berhadapan dengan ketidaktentuan. Itulah hakikatnya.

Maka, raya kali ini marilah kita bersederhana sahaja. Ianya tidak akan mengurangi kemeriahan Aidilfitri, tidak akan mencacatkan sedikitpun kemuliaan bulan Syawal.

Kita kena beringat sebelum kena, menyediakan payung sebelum hujan.

Kita tidak tahu berapa lama lagi perang di Asia Barat akan berlangsung. Tidak ada yang tahu.

Walaupun PMX Anwar Ibrahim telah memberikan beberapa inisiatif bagi meringankan seperti cuti tambahan, bantuan kewangan khas, bantuan STR, skim harga maksimum bagi pengawalan harga barangan, Jualan Rahmah dan macam-macam lagi, tetapi PMX tetap mengingatkan kita kekal bersederhana.

Langkah terbaik yang boleh kita lakukan hanyalah bersiap sedia di samping menyokong segala bentuk usaha kerajaan hari ini dalam meminimumkan impak ke atas negara dan rakyat akibat kenaikan harga minyak global.

Jadi tolong ya, kita berhari raya dalam keadaan sederhana. Tidak perlu berlebih-lebihan. Hari raya ini untuk kita mengeratkan silaturahim, berkongsi kemaafan bukan saling berlumba membazir harta benda dalam berbelanja.

Jangan jadikan puasa kita sekadar lapar dan dahaga semata-mata. Jadikan ianya asbab untuk kita kekal beringat dan berwaspada dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dunia hari ini.

Bahkan semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan pun telah diarahkan untuk tidak mengadakan sebarang rumah terbuka hari raya.

Hari raya tetap meriah tanpa bermewah-mewah.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3