Operasi evakuasi rakyat Malaysia dari Asia Barat dihentikan sementara

KUALA LUMPUR – Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari zon konflik di Asia Barat dihentikan sementara selepas kebanyakan negara di rantau berkenaan membuka semula ruang udara masing-masing.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu pemakluman memaklumkan bahawa kerajaan akan terus bersiap siaga untuk membantu rakyat Malaysia sekiranya timbul keadaan tertentu yang melibatkan keselamatan atau kecemasan.

“Rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air dinasihatkan untuk mendapatkan tiket penerbangan komersial memandangkan ruang udara di kebanyakan negara dibuka dan terdapat penerbangan yang beroperasi ke Malaysia,” menurut pemakluman itu yang turut dikongsi oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai melalui platform X.

Menurut MKN, sekiranya perjalanan pulang diuruskan melalui agensi pelancongan atau syarikat penerbangan, tanggungjawab utama bagi mengurus perjalanan dan membawa pulang penumpang terletak kepada pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara. Dengan perkembangan semasa di Asia Barat, Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan keselamatan rakyat Malaysia dan sentiasa memantau rapat situasi keselamatan di rantau itu,” katanya.

Dalam masa sama, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dari semasa ke semasa.

Pada 11 Mac lalu, seramai 163 rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara Asia Barat selamat tiba di tanah air menerusi penerbangan khas Malaysia Airlines di bawah Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat.

Penerbangan berkenaan turut membawa tujuh ahli keluarga bukan warganegara, terdiri daripada lima rakyat Thailand serta masing-masing seorang warga Indonesia dan Maghribi.

Sehari kemudian, pada 12 Mac, seramai 179 lagi rakyat Malaysia tiba di tanah air dari Doha, Qatar melalui operasi yang sama.
Jumlah itu termasuk 59 rakyat Malaysia yang terkandas serta rakyat Malaysia yang menetap di Qatar yang membeli tiket penerbangan sendiri untuk pulang ke tanah air.

Selain itu, terdapat juga beberapa warga asing termasuk dari Filipina dan Australia yang menaiki penerbangan tersebut sebelum menyambung perjalanan ke negara masing-masing sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wisma Putra pada 16 Mac lalu memaklumkan bahawa kebanyakan kes rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di lapangan terbang di seluruh rantau berkenaan telah berjaya diselesaikan selepas operasi penerbangan komersial kembali dibuka serta hasil usaha penyelarasan berterusan oleh Perwakilan Diplomatik Malaysia.

Perkembangan terkini daripada Perwakilan Diplomatik Malaysia turut menunjukkan bahawa tiada lagi rakyat Malaysia yang terkandas akibat gangguan penerbangan di Bahrain, Iraq, Lubnan, Oman, Qatar dan Arab Saudi.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3