Hampir 90 peratus kemalangan maut Kota Kinabalu babitkan pemandu tanpa lesen    

KOTA KINABALU – Hampir 90 peratus daripada kemalangan maut yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu tahun ini melibatkan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu.  
 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, sejak Januari sehingga hari ini (Rabu), sebanyak 1,644 kes kemalangan dilaporkan dengan 15 kematian. 
 
“Kebanyakan kemalangan maut ni berlaku di Jalan Sepanggar serta Jalan Tuaran Bypass dan berpunca daripada kelajuan selain sikap pemandu yang kurang berhati-hati.

“Yang paling banyak kita dapati yang berlaku kemalangan ini hampir 90 peratus yang meninggal tidak mempunyai lesen memandu adalah penunggang motosikal,” katanya.  

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya, ‘Rumah Selamat, Perjalanan Selamat, Selamat Sampai’ di Petronas Jalan Lintas Kapayan, di sini, pada Rabu.  

Menurut Kasim, kesalahan seperti memotong barisan, menggunakan telefon semasa memandu, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar serta pengubahsuaian kenderaan yang tidak selamat turut menjadi faktor penyumbang kepada kemalangan termasuk kebakaran kenderaan. 
 
Dalam kes berasingan, beliau berkata, kadar jenayah menunjukkan penurunan sebanyak 16 peratus dengan pengurangan 45 kes iaitu 275 kes pada tahun lepas kepada 230 kes setakat ini.
 
Justeru, beliau mensihati orang ramai agar memandu dengan berhati-hati, mematuhi peraturan jalan raya, memastikan keadaan tubuh dan mental yang tenang serta berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan jauh.  
 
“Mereka yang meninggalkan rumah juga digalakkan memaklumkan balai polis berdekatan atau menggunakan sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM untuk melaporkan ketidakhadiran bagi tujuan keselamatan,” tambahnya.

Related Posts

14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

RANAU – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 14 botol air ketum serta serbuk ketum dalam serbuan di sebuah perkampungan di daerah ini, malam Ahad. Ketua Polis Daerah Ranau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

ALOR SETAR – Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah kira-kira RM155,000 antara tahun 2024 hingga tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

  • By Fandi
  • October 6, 2026
OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki