TCCS Marine terus latih pelajar penuhi keperluan industri moden

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad

SIBU – Seramai 100 tetamu menghadiri majlis jamuan berbuka puasa anjuran TCCS Marine Sdn Bhd yang berlangsung di Udak Ballroom, Sibu sebagai usaha mengeratkan hubungan antara pihak industri, tenaga pengajar dan pelajar dalam bidang perkapalan.

Pengarah Latihan TCCS Marine Sdn Bhd, Kapt.Budyuzaman Abu Seman berkata program tersebut merupakan antara inisiatif untuk mengukuhkan silaturahim antara tenaga pengajar, kakitangan dan para pelajar selain menghargai sokongan pelbagai pihak terhadap perkembangan institusi itu.

“Program ini merupakan kali ketiga dianjurkan sempena bulan Ramadan. Alhamdulillah, sambutan yang diterima semakin meningkat dari tahun ke tahun, seiring dengan pertambahan jumlah pelajar yang mengikuti kursus di TCCS Marine,” katanya ketika ditemui media selepas majlis berbuka puasa pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata perkembangan pesat teknologi turut memberi impak kepada industri perkapalan yang kini memerlukan kemahiran baharu dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, bidang perkapalan masa kini tidak lagi sama seperti dahulu kerana ia semakin dipacu oleh teknologi moden termasuk penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

“Sehubungan itu, para pelajar perlu mempunyai disiplin yang tinggi, ilmu yang kukuh serta pengetahuan dalam aspek keselamatan, modenisasi dan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan industri,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan jumlah penyertaan pelajar di institusi berkenaan turut menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Program latihan ini bermula pada 2024 dan pada tahun lalu penyertaan melebihi 1,000 peserta. Bagi tahun ini, jumlah itu dijangka meningkat kepada kira-kira 2,000 peserta yang akan mengikuti kursus di TCCS Marine,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Laut Malaysia atas sokongan berterusan dalam membantu pembangunan latihan dan kursus yang dijalankan oleh syarikat berkenaan.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar