89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 109 112 101 110 103 101 114 117 115 105 107 97 110 32 109 101 115 121 117 97 114 97 116 32 98 101 114 115 97 109 97 32 73 110 116 101 108 32 67 111 114 112 111 114 97 116 105 111 110 32 115 101 99 97 114 97 32 97 116 97 115 32 116 97 108 105 97 110 32 100 105 32 80 117 116 114 97 106 97 121 97 46 32 49 54 32 77 97 99 32 50 48 50 54 46 32 65 7
PELABURAN Intel di Malaysia bakal berkembang dengan kompleks pembungkusan termaju dan pembuatan pemasangan akan bermula operasi pada lewat tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
berkata, beliau sudah menerima penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Intel Corporation, Tan Lip-Bu dan pasukannya mengenai perkembangan terkini peluasan pelaburan Intel di Malaysia, pada Isnin.
“Perbincangan tertumpu kepada usaha menyokong pembangunan kompleks pembungkusan termaju serta pembuatan pemasangan dan ujian yang juga komponen utama peluasan pelaburan Intel di Malaysia,” kata Anwar menerusi catatan di laman media sosial beliau hari ini.
Beliau berkata, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Intel Foundry Naga Chandrasekaran pula menggariskan rancangan untuk memulakan fasa pertama kompleks tersebut dengan pemasangan dan ujian bagi pembungkusan termaju.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menyambut baik keputusan pihak Intel untuk memulakan operasi bagi kompleks tersebut pada lewat tahun ini.
“Penekanan turut diberikan kepada latihan berterusan dan peningkatan kemahiran bagi bakat tempatan sepanjang rantaian nilai. Ini penting dalam usaha kerajaan menjana pekerjaan bernilai tinggi selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
“Jentera Kerajaan MADANI akan terus menjadi rakan dan pemudah cara bagi pelaburan yang jelas akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang sebagaimana disasarkan dalam pelan yang telah dilancarkan termasuk Strategi Semikonduktor Nasional,” katanya.


