PGRS Api-Api sokong penstrukturan semula parti, perkukuh gerak kerja akar umbi

KOTA KINABALU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Api-Api menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan penstrukturan semula bahagian parti yang dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuhkan organisasi serta meningkatkan keberkesanan pentadbiran parti di semua peringkat.

Ketua Bahagian PGRS Api-Api, Datuk Faisyal Diego berkata, langkah tersebut bukan sahaja mampu menjadikan struktur parti lebih tersusun, malah berpotensi mewujudkan pentadbiran yang lebih dinamik serta responsif terhadap keperluan rakyat dan cabaran landskap politik semasa.

“Cadangan untuk menyusun semula struktur bahagian daripada 73 bahagian kepada 25 bahagian diyakini mampu memperkemas penyelarasan kepimpinan parti di seluruh negeri, selain memperkukuh gerak kerja organisasi khususnya di peringkat akar umbi.

“Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian yang hadir dalam mesyuarat tersebut sebulat suara menyatakan persetujuan serta sokongan penuh terhadap cadangan penstrukturan semula bahagian parti ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Selasa.

Tambah Faisyal, penyusunan semula struktur organisasi parti merupakan langkah penting dalam memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun dan berkesan dalam mendekati rakyat.

“PGRS Bahagian Api-Api turut merakamkan sokongan serta keyakinan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang terus memimpin negeri itu dengan komitmen tinggi terhadap kestabilan politik dan pembangunan ekonomi.

“Di bawah kepimpinan Hajiji, Sabah terus bergerak ke arah pembangunan yang lebih mampan melalui pendekatan pentadbiran yang inklusif, stabil serta berorientasikan masa depan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, PGRS Bahagian Api-Api akan terus komited berdiri teguh bersama kepimpinan parti dalam memperkukuhkan perpaduan organisasi dan memastikan kestabilan politik serta menyokong agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam