Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.

Ia berhubung kenyataan berunsur fitnah yang diterbitkan individu berkenaan itu secara dalam talian.

Peguam Datuk Sankara Nair yang mewakili Saifuddin mengesahkan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memberikan penghakiman ingkar kepada anak guamnya itu yang dimeterai pada 14 Mac lalu.

Perintah dikeluarkan Hakim Mohammad Johan Lee di Mahkamah Tinggi sama 8 Disember tahun lalu, susulan permohonan plaintif melalui notis permohonan bertarikh 14 November 2025 yang disokong oleh Afidavit Sokongan.

“Setelah menimbangkan permohonan tersebut dan mendengar hujahan pihak kami, serta dalam ketiadaan defendan, mahkamah telah memerintahkan plaintif diberi kebenaran memasukkan penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan tuntutan plaintif bagi ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan dibenarkan tertakluk kepada taksiran ganti rugi oleh mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, mahkamah memasukkan penghakiman yang menetapkan liabiliti defendan berhubung penerbitan fitnah yang dipertikaikan Saifuddin.

Perkara ini akan diteruskan ke peringkat taksiran ganti rugi, yang mana mahkamah akan menentukan jumlah sewajarnya bagi ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan dianugerahkan kepada plaintif.

Ia sekaligus menegaskan prinsip bahawa individu yang menyebarkan kenyataan fitnah secara dalam talian tidak boleh mengelakkan tanggungjawab undang-undang dengan gagal mengambil bahagian dalam prosiding mahkamah.

Sebelum ini, Saifuddin melalui sebuah firma guaman memfailkan saman terhadap Muhammad Zubair selepas gagal mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari yang ditetapkan dalam surat tuntutan (LOD) bertarikh 4 April.

Ia difailkan susulan Muhammad Zubair dipercayai menggunakan saluran TikTok dan Facebook untuk mencemarkan nama baiknya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu