Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini.

Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Azry Ahmad manakala tertuduh, Tan Kim Lean, 67, diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Azira Aziz.

Menurut kertas pertuduhan, wanita warga emas itu didapati dengan sengaja dan sedar telah mengemukakan maklumat palsu berkaitan butir-butir material semasa membuat permohonan daftar kelahiran cucunya.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 hingga 4 petang di kaunter JPN, Pusat Transformasi Bandar di sini pada 12 Mac 2018.

Kim Lean dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh kemudiannya membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 kepadanya. Wanita itu membayar denda berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis, Madihah Muhammad berkata, kes melibatkan seorang wanita yang mengemukakan maklumat tidak benar ketika membuat permohonan pendaftaran kelahiran adalah kes pertama di Perlis.

“Kes pendakwaan pada hari ini melibatkan seorang wanita yang memberikan maklumat palsu semasa pendaftaran kelahiran cucu beliau.

“Mahkamah pada hari ini telah mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya sentiasa memberikan maklumat yang tepat dan benar ketika berurusan dengan jabatan kerajaan khususnya JPN kerana dokumen yang dikeluarkan merupakan dokumen rasmi kerajaan yang digunakan dalam pelbagai urusan.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak