Kes kematian bayi: Sambung reman 7 hari lagi terhadap dua pengasuh

BUKIT MERTAJAM – Tempoh reman dua pengasuh disambung tujuh hari lagi bagi melengkapkan siasatan kes kematian bayi lelaki berusia 4 bulan di sebuah taska dalam awasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini Isnin lalu.

Tempoh reman sehingga 23 Mac ini terhadap dua suspek wanita berusia 22 tahun itu untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perintah sambung reman itu dibenarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan kedua-dua tangan bergari dan memakai pakaian lokap berwarna ungu sambil diiringi anggota polis. Sebelum ini, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 10 Mac lalu.

Terdahulu, media melaporkan Hayl Haarith Mohd. Syafaeez berusia 4 bulan ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska dalam kawasan HSJ sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sama pukul 4.20 pagi, Isnin lalu.

Susulan kejadian itu, dua pekerja taska ditahan bagi membantu siasatan dan satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tersebut tular di media sosial.

Related Posts

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

KUCHING – Sarawak melakar satu lagi sejarah dalam bidang teknologi semikonduktor menerusi pelancaran keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa Gallium Nitride (GaN) pertama yang direka bentuk sepenuhnya di negeri itu. Cip inovasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

SANTUBONG – Sarawak memerlukan lebih ramai wanita yang berani tampil memimpin, membuat keputusan sukar serta bertanggungjawab terhadap impaknya kepada masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT