Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

TAWAU – Kerajaan Sabah merancang menghidupkan semula laluan penerbangan Tawau–Tarakan, Indonesia yang terhenti sejak pandemik COVID-19, sebagai langkah strategik merancakkan semula sektor pelancongan serta merangsang pertumbuhan ekonomi rantara kedua-dua wilayah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata, laluan udara itu penting kerana perjalanan antara Tawau dan Tarakan menggunakan pengangkutan laut mengambil masa kira-kira empat hingga lima jam.

“Sebenarnya kita sudah mengadakan engagement bersama AirAsia.

“Kita akan ‘follow up’ perkara ini jika semuanya berada dalam keadaan baik dan insya-Allah kita akan berusaha bersama Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau untuk menarik pemain syarikat penerbangan lain seperti Lion Air dari Indonesia dan Batik Air dari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Program Wonderful Indonesia Festival KRI 2026, di Dewan Masyarakat Tawau.

Dr. Andi berkata, kerajaan negeri turut melihat potensi mewujudkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Makassar, Indonesia berikutan permintaan dalam kalangan penduduk Sabah.

“Peningkatan konektiviti udara antara Sabah dan Indonesia amat penting bagi memperkukuh hubungan masyarakat kedua-dua negara, selain membuka lebih banyak peluang dalam sektor pelancongan dan ekonomi, “ujarnya.

Sementara itu, Ketua KRI di Tawau, Dino Nurwahyudin turut menyambut baik usaha itu disamping memaklumkan pihaknya turut berusaha mengembalikan penerbangan Tawau-Tarakan bagi memudahkan hubungan masyarakat kedua-dua wilayah.

“Dengan itu mungkin akan lebih memudahkan hubungan masyarakat Sabah dengan masyarakat Indonesia khususnya di wilayah Kalimantan,” katanya.

Terdahulu, MASwings menamatkan operasi bagi laluan antarabangsa Tawau-Tarakan berkuat kuasa 30 Oktober 2022, selepas penerbangan berkenaan ditangguhkan sejak 22 Mac 2020.

Difahamkan, penerbangan tiga kali seminggu berkenaan dihentikan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan antarabangsa bagi membendung penularan COVID-19.

Related Posts

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia