Risiko tanah runtuh, Lorong Tarap ditutup sementara

LIMBANG – Lorong Tarap yang terletak di belakang premis Choon Cheong ditutup sementara kepada semua kenderaan bermula Jumaat sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Majlis Daerah Limbang (MDL) dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu terpaksa diambil berikutan wujudnya risiko kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan yang boleh mengancam keselamatan orang awam.

Menurutnya, susulan penutupan tersebut, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut melaksanakan perubahan aliran trafik bagi melancarkan pergerakan kenderaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melalui kawasan jalan yang ditutup sebaliknya menggunakan laluan alternatif yang telah ditetapkan.

“Pengguna jalan raya juga diminta sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan petugas yang berada di lokasi bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan bersama,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Pada masa sama, MDL memohon kerjasama semua pihak agar akur dengan arahan yang dikeluarkan sepanjang tempoh penutupan tersebut.

“Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali,” jelas kenyataan berkenaan.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi