Kreativiti video jadi medium promosi OSCA di Lawas

MOHAMMAD FIKRI

LAWAS – Klinik Kesihatan Lawas mengambil pendekatan kreatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu ketagihan menerusi penganjuran pertandingan video kesihatan yang mempromosikan One Stop Centre Addiction (OSCA).

Penganjuran program itu bertujuan menjadikan fasiliti kesihatan berkenaan sebagai pusat rujukan utama bagi individu yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan rawatan dan pulih daripada masalah ketagihan.

Penyelaras program yang juga Pegawai Perubatan di Hospital Lawas, Dr Abdul Hafiy Izar Abdul Aziz berkata, inisiatif berkenaan bukan sekadar pertandingan, sebaliknya satu usaha mendidik masyarakat menggunakan pendekatan segar agar lebih mudah diterima khususnya di platform media sosial.

Menurutnya, program tersebut memberi fokus kepada peningkatan kesedaran awam mengenai bahaya ketagihan merokok serta penyalahgunaan ubat-ubatan dan dadah.

“Melalui program ini, kita mahu memperkasakan masyarakat di daerah Lawas supaya menjadi ‘ejen kesihatan’ dengan menyampaikan maklumat yang sahih kepada ahli keluarga serta rakan-rakan.

“Kita mahu masyarakat terlibat secara aktif. Dengan penglibatan 16 pasukan, mesej kesihatan yang kompleks dapat diterjemahkan dalam bentuk video yang lebih kreatif dan menarik,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pertandingan berkenaan menyaksikan persaingan sengit daripada para peserta yang menampilkan pelbagai idea kreatif berkaitan isu ketagihan.

Hasil penjurian, peserta Ruth Tie muncul johan menerusi video bertajuk ‘Apa Yang Kita Tidak Nampak’, manakala tempat kedua dimenangi oleh Star Production melalui karya ‘Sedar Sebelum Terlambat’.

Tempat ketiga pula diraih Mohd Muizzuddin menerusi video bertajuk ‘Nikmat Atau Nyawa’.

Karya Ruth Tie diangkat sebagai juara kerana dilihat berjaya mengetengahkan mesej tersirat mengenai kesan ketagihan, sekali gus memenuhi kriteria advokasi kesihatan yang berkesan.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah Lawas berharap karya video yang dihasilkan dapat dimanfaatkan secara berterusan sebagai bahan kempen kesedaran di media sosial.

Antara impak yang diharapkan menerusi kempen tersebut ialah peningkatan kes rujukan rawatan di Klinik Kesihatan Lawas, perubahan positif tingkah laku masyarakat serta penurunan kadar ketagihan di daerah berkenaan.

Related Posts

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

KUCHING – Seramai 62 peserta sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyertai Program Cakna Demokrasi Petra Jaya bagi memperkukuh kefahaman kepemimpinan pada Sabtu lalu. Peserta yang mewakili PBB…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak merobohkan struktur binaan berserta tapak pelupusan sampah haram di kawasan rizab jalan Estet Perindustrian Eastwood pada Selasa. MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB