Pesta Panjut Kuala Kangsar julung kali dianjurkan, semarakkan suasana Aidilfitri

KUALA KANGSAR – Pertandingan Pesta Panjut Kuala Kangsar 2026 yang julung kali dianjurkan dijangka menyemarakkan lagi suasana menjelang Aidilfitri apabila menghimpunkan penyertaan pelbagai pihak termasuk komuniti kampung dan agensi kerajaan.

Program selama dua hari bermula 15 Mac itu melibatkan peruntukan lebih RM30,000 dengan penyertaan daripada 13 kampung, tujuh jabatan serta agensi kerajaan dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, pertandingan berkenaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu penyertaan agensi serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Menurutnya, bagi kategori agensi, semua panjut akan dipamerkan di Persisiran Sayong, manakala peserta kategori JPKK akan menghias panjut di kampung masing-masing bagi memeriahkan kawasan setempat.

“Peserta sudah mula membuat persiapan sejak minggu ini bagi memastikan setiap lokasi tampil dengan hiasan panjut yang menarik dan kreatif.

“Kita berharap pertandingan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah mampu menarik kehadiran pelancong serta perantau yang pulang ke kampung,” katanya selepas meninjau persiapan pertandingan di Persisiran Sayong, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, penganjuran pertandingan itu juga memberi nilai tambah dalam usaha mempromosikan Kuala Kangsar sebagai antara destinasi pelancongan menarik di negeri Perak, khususnya sepanjang musim perayaan.

Keputusan rasmi pertandingan dijangka diumumkan pada 16 Mac di Persisiran Sayong.

Bagi kedua-dua kategori, johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, diikuti tempat kedua RM4,000 dan ketiga RM3,000, manakala peserta lain menerima saguhati RM500.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak