Kilang proses kaolin haram diserbu, enam termasuk pengarah syarikat ditahan

IPOH – Sebuah kilang yang dipercayai menjalankan aktiviti memproses mineral kaolin secara haram tanpa kelulusan pihak berkuasa diserbu dalam Op Bersepadu Khazanah di Tanjung Rambutan, pada Khamis.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, seramai enam individu termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan tersebut.

Menurutnya, mereka terdiri daripada seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengarah syarikat, tiga lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga China serta seorang wanita warga Indonesia yang bekerja di kilang berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kilang ini dipercayai beroperasi sejak kira-kira setahun lalu. Pemeriksaan di premis turut menemukan sejumlah besar tanah putih atau kaolin yang sedang diproses selain pelbagai mesin dan jentera digunakan dalam operasi itu.

“Modus operandi kilang ini adalah membeli tanah putih campuran dari kawasan kuari kaolin sebelum diproses melalui kaedah menapis, mencuci dan memampatkan bahan tersebut serta mengasingkannya kepada pasir dan kaolin tulen bagi meningkatkan kualitinya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kaolin yang diproses kepada gred lebih tinggi itu kemudian dijual pada harga lebih mahal untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jentera serta kira-kira 45,000 tan kaolin dengan nilai rampasan dianggarkan RM6.265 juta.

Menurutnya, kes itu disiasat oleh JMG Perak di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Perlesenan) 2016 serta Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525) yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pengarah syarikat terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Dua pekerja warga asing disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala tiga lagi disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak