SEDC sumbang RM50,000 kepada tiga institusi tahfiz

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) pada Khamis.

Majlis yang disusuli dengan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah itu menjadi lebih bermakna apabila SEDC turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada tiga institusi tahfiz.

Institusi yang menerima manfaat tersebut ialah Madrasah Tahfiz Al-Hannah (MADTAH), Madrasah Darul Uloom Islamiyyah serta Pondok Hidayatul Mubtadi-ien wa Tahfizul al-Quran.

Menurut SEDC, sumbangan yang merangkumi peralatan asas serta barangan keperluan dapur itu diberikan bagi menyokong kelancaran operasi harian institusi berkenaan.

“Bantuan ini diharap dapat membantu meningkatkan kebajikan para pelajar yang menuntut ilmu di pusat pengajian tersebut.

“Inisiatif ini juga merupakan usaha berterusan SEDC dalam menyokong institusi pendidikan Islam, di samping mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, sektor korporat dan masyarakat setempat khususnya pada bulan Ramadan,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir Pengerusi SEDC, Tan Sri Dr Abdul Aziz Husain; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dr Juanda Jaya; serta Pengurus Besar SEDC, Rakayah Hamdan.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan