Kemeriahan Aidilfitri tetap dirasai, rakyat bijak rancang perbelanjaan

Oleh: Jasmine AE & Nana Mohamad

KUCHING – Walaupun dunia kini berdepan dengan keadaan tegang di Asia Barat melibatkan konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, kemeriahan untuk menyambut bulan Ramadan serta perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Rata-rata rakyat meluahkan rasa seronok melakukan persiapan raya seperti membeli pakaian dan kelengkapan, namun kekal berhemah mengawal perbelanjaan mengikut kemampuan masing-masing ketika mengunjungi bazar Ramadan.

Bagi penjawat awam, Hanisah Senoh, 37, persiapan perayaan untuk keluarganya hampir siap biarpun terdapat beberapa perkara yang baharu sahaja dimulakan.

Menurutnya, bagi mengelakkan bebanan kewangan pada saat akhir, pakaian raya untuk keluarga serta anak-anak telah pun disediakan lebih awal.

“Walaupun sedar harga barangan ketika ini agak tinggi, saya menasihatkan orang ramai supaya berbelanja mengikut kemampuan dan hanya membeli keperluan yang benar-benar perlu.

“Bagi penyediaan juadah pula, ia boleh dilakukan secara berkongsi dengan adik-beradik agar sambutan raya dapat dinikmati bersama,” katanya.

Tambahnya, perkara paling dinantikan pada tahun ini pastinya menikmati pelbagai juadah serta dapat berkumpul bersama keluarga dan saudara-mara.

Sementara itu, suri rumah, Nurizzati Abdullah, 40, menjangkakan sambutan pada tahun ini akan lebih meriah berbanding tahun lalu berikutan anak-anak dan ahli keluarga lain akan pulang berkumpul bersama.

Jelasnya, persiapan raya dilakukan secara berperingkat termasuklah membeli pakaian serta bahan-bahan untuk membuat kuih.

“Buat masa ini, saya masih mencari beberapa barangan tambahan yang belum lengkap, antaranya bekas atau tempat menyimpan kuih raya bagi melengkapkan lagi persiapan menyambut Aidilfitri,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi golongan yang bekerja sendiri, Sharifah Nadia Wan Habib Alwie, 35, berkata, bajet perbelanjaannya sedikit berbeza tahun ini.

Menurutnya, dia cuba untuk lebih berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan dengan lebih baik , selain meletakkan makanan sebagai keutamaan bagi memeriahkan sambutan bersama keluarga dan tetamu.

“Saya membuat pembelian barangan raya lebih awal supaya perbelanjaan terancang dan tidak terbeban di saat akhir. Platform dalam talian juga banyak membantu kerana saya boleh membandingkan harga yang lebih murah.

“Selain itu, saya berasa sedikit lega kerana bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) disalurkan sebelum perayaan, yang sedikit sebanyak meringankan beban kewangan menjelang Hari Raya kelak,” jelasnya.

Foto: Abdul Majid bin Azman

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik