Inisiatif bas percuma bantu pelajar luar bandar di Serian

TEBEDU – Sekolah Kebangsaan (SK) Kujang Mawang melakar sejarah tersendiri apabila menjadi sekolah pertama di Serian yang menerima perkhidmatan pengangkutan percuma tajaan Yayasan Sarawak.

Majlis pelancaran inisiatif murni itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang bertempat di sekolah berkenaan pada Rabu.

Menurut Dr Simon, kemudahan tersebut dilihat mampu menyelesaikan kesukaran pelajar yang tinggal jauh untuk ke sekolah, sekali gus memastikan rekod kehadiran mereka lebih konsisten.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu pelajar, malah ia sangat bermakna dalam meringankan beban kewangan ibu bapa khususnya yang menetap di kawasan luar bandar.

“Kita mahu memastikan anak-anak ini mendapat peluang dan akses pendidikan yang lebih baik tanpa sebarang halangan,” katanya.

Untuk rekod, perkhidmatan pengangkutan tersebut sebenarnya telah mula beroperasi sejak 13 Januari lalu.

Ia kini menjadi nadi utama membawa pelajar dari Kampung Pengkalan Amo dan Kampung Kujang Mawang ke sekolah pada setiap hari persekolahan.

Inisiatif pengangkutan percuma itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam usaha memastikan akses pendidikan yang lebih saksama buat anak-anak di negeri ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sarawak, Dr Les Met dan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Sarawak, Zamzaitul Akmal Hisham.

Hadir sama, Ketua Seksyen Bantuan Pelajar IPT Yayasan Sarawak, Mustafa Arif Kipli; Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Bunsi Tuntun; Pegawai Daerah Tebedu, Gerald George Entigar dan Guru Besar SK Kujang Mawang, Polia Nisoy.

Related Posts

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

KOTA KINABALU – India melihat Sabah sebagai pasaran yang mempunyai potensi besar untuk diterokai khususnya dalam sektor pelancongan, perdagangan dan teknologi. Pemangku Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Hitesh Rajpal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

ALOR SETAR – Aktiviti penanaman padi bagi Musim 1/2026 di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kini mencapai 49.3 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman. MADA dalam kenyataan hari ini, memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Penanaman padi Musim 1/2026 MADA capai 49.3 peratus

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin