Agenda pencegahan rasuah negara diperkukuh – Anwar

KUALA LUMPUR –  Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri bersetuju untuk mengukuhkan lagi agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, turut dipersetujui adalah pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer-CeIO) dan pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi.

Beliau berkata, kerajaan akan kekal fokus memperkasa agenda tatakelola bagi memastikan integriti dan ketelusan terus menjadi teras perkhidmatan awam demi menjunjung amanah rakyat dan memperteguh keyakinan terhadap institusi negara.

“Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), saya menegaskan keseriusan isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merencatkan tadbir urus negara, malah menjejaskan kesejahteraan rakyat, termasuk kesihatan awam, alam sekitar dan integriti nasional.

“Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai dalam memerangi rasuah, namun usaha ini perlu diperkukuh melalui pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang baik secara menyeluruh, membabitkan sektor awam, swasta serta masyarakat.

“Antara dipersetujui di dalam mesyuarat ini ialah pelaksanaan Program CeIO, pengukuhan agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak serta pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Related Posts

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

AYER KEROH – PKR diseru untuk tidak lagi terperangkap dengan sentimen politik identiti dan perkauman yang dimainkan pihak lawan demi mencipta persepsi negatif terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

AYER KEROH – Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan dan dakyah pihak lawan yang cuba menggambarkan kerajaan serta parti itu sebagai gagal melaksanakan agenda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony